About Us


Nama saya Maizura
Saya di sahkan mempunyai kondisi Osteoarthritis Stage 3
Saya sememangnya mempunyai masalah spine dan tulang sejak berusia 21

Menjalani pembedahan slip disc pada usia itu juga dan kemudiannya diberitahu mempunyai tulang belakang seperti seorang berusia 80 pada 2007

Awal tahun 2016 saya telah mengalami kondisi di mana lutut saya langsung tidak mampu dibengkok dan sakit. Ketika inilah saya diperkenalkan kepada kaedah transdermal Elementz Magnesium. Sejak daripada itu saya memang dapati semua kondisi yang saya alami sebelum ini adalah akibat daripada kekurangan magnesium yang kronik.

Kesan jangka panjang kekurangan ini menyebabkan saya mempunyai banyak kondisi berlapis di antara satu sama lain

  • Adrenal Fatigue
  • Kemurungan/Depresi
  • Eczema/Kulit sensitive (mastocytosis)
  • Degupan jantung tidak sekata
  • Fibromyalgia dan kepenatan yang teruk
Simptoms kekurangan magnesium sangat banyak. Ini kerana ia terlibat secara langsung dengan lebih daripada 400 kegiatan metabolisma di dalam badan

Saya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak sejak saya sakit lutut tapi 4 bulan selepas menggunakan magnesium saya beransur-ansur beralih menggunakan tongkat, hingga akhirnya saya semakin kuat dan tidak perlu bertongkat


Dahulu adalah sangat lumrah keluar masuk keluar masuk hospital. Dan seringkali bergantung kepada ubat-ubatan daripada hospital


Alhamdulillah kini saya hantar perlu ke hospital untuk physiotheraphy sahaja. Dengan physiotheraphy, amalan pemakanan yang mengurangkan inflamasi (Autoimmune Protocol) dan penggunaan magnesium, saya sudah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat sekalipun



Saya mempunyai 3 orang anak yang mana salah satunya mempunyai Mild Autism
Ianya berkait juga dengan kekurangan magnesium dan vitamin B6. Sejak menggunakan gabungan ini dia lebih mudah fokus dan kurang tantrum


Selebihnya, anak yang bongsu pernah mengalami eczema yang teruk dan mempunyai masalah pencernaan. Dia juga semakin baik kesihatannya. 



Berendam dalam magnesium atau menyapu minyak magnesium adalah amalan biasa kami